Nuffnang

Thursday, June 25, 2015

Rindu Kota Mekah

Assalamualaikum.

Bismillah. Allahuakhbar. Pejam celik dah seminggu Ramadhan berlalu. Terima kasih ya pembaca blog saya kerana sudi melayari blog yang tak seberapa ini. Blog kita sedikit berwajah baru kali ini. Maaflah semalam tak publickan bcoz buat editing.





Sebenarnya aku sebagai admin nampak dari mana lokasi pembaca blog ini. Silih berganti datang dan pergi. Baik yang dalam dan luar negara. Ada yang ikhlas membaca hasil tulisan ini dan juga yang memang kaki skodeng. Apapun yang penting tak menganggu kehidupan dan kerjaya aku sudahlah. Weee :)





Realitinya! Ramadhan kali ini betul-betul aku terasa rindu sangat nak dekatkan diri dengan kota suci Mekah. Berulangkali jugak aku sebut-sebut dengan incik suami. Hope dia paham. Dia pun ada sebut sejak kebelakangan ini nak kesana. Insyallah mudah-mudahan Allah perkenankan impian aku berdua kesana lagi.

Orang sebut apalah saja tapi aku macam tak ada perasaan. Lebih-lebih lagi persiapan nak menyambut raya. Bagi aku raya nih macam biasa je. Niat aku kuat ke arah sana.






Ya! Aku rindu nak bersolat tahajjud, witir, taubat, hajat selain melakukan ibadah umrah di sana berdua. Masyallah indahnya. Semalam aku dah survey dengan beberapa agensi untuk compare harga. Andalusia, Wasatiyah dan beberapa lagi agensi.

Doakan kami berdua, mudah-mudahan impian ini tercapai. Insyallah.

No comments:

Post a Comment