Alhamdulilah! Berjumpa di posting kali ini sempena 1 Ramadhan 2015.
Moga semua pembaca blog saya yang beragama Islam dapat menunaikan perintah Allah dengan sempurna. Moga Ramadhan kali ini banyak mendidik hati kita semua ke arah kebaikan. Menjauhkan perkara yang mungkar, lebih-lebih lagi yang boleh merosakkan tali perpaduan saudara seagama. Masyallah.
Moga semua pembaca blog saya yang beragama Islam dapat menunaikan perintah Allah dengan sempurna. Moga Ramadhan kali ini banyak mendidik hati kita semua ke arah kebaikan. Menjauhkan perkara yang mungkar, lebih-lebih lagi yang boleh merosakkan tali perpaduan saudara seagama. Masyallah.
Allahuakhbar! Tengok nih.
"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba dan tidak memegang amanah percakapan orang lain." - Riwayat Bukhari dan Muslim
Jujur secara peribadi saya rela duduk seorang diri dari mencampuri golangan sebegini dari mencari dosa secara percuma. Saya takut! Di ulangi dosa secara percuma. Tidak tahu menyimpan rahsia kemudian mengadu domba. Bagi saya ini spesis yang suka membawa mulut, mereka-reka, malah melaga-lagakan orang lain...huhuhu. Letihlah! Banyak perkara yang berfaedah boleh saya fikirkan dari yang mengarut...huhuhu
Sebenarnya kesan daripada perbuatannya hanya merugikan, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat serta kepercayaan orang lain. Sepatah nasihat incik suami, jangan hampiri orang sebegini. Bila di pikir logiknya ada kebenarannya.
Inilah dorongan penyakit hati. Kita pinjam kata-kata Prof Muhaya. Juga ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.
Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah atau melaga-lagakan orang lain kerana ingin mendapatkan pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri, malah ingin menunjukkan dirinya lebih baik daripada orang lain. Krik-kriklah. Golongan macam ini pun hadoo...huhuhu
Apabila kamu di amanahkan menyimpan rahsia yang di sampaikan semasa kamu bertanya atau mendengar cerita sebagai amanah tapi kamu membuka dan menceritakan kepada empunya diri, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. Agak-agak kalau rahsia percakapan dia kita sampaikan pada tuan empunya badan boleh tak? Tapi kalau kita berfikiran waras tak perlulah melaga-lagakan orang lain. Tajuknya tak kuasa. Berdosa!
Apapun kita sebagai hambanya doakan orang sebegini kembali kejalan Allah dengan bertaubat dan berfikir secara matang. Insyallah.
No comments:
Post a Comment