Nuffnang

Sunday, June 14, 2015

Cuepacs Gesa Kerajaan Segera Umum Kenaikan Gaji dan Bonus

Assalam dan terima kasih pembaca blog saya. Sihatkah? Yah! kali ini saya nak berkongsi apa yang sudah saya baca 2 hari lepas. Isu kenaikan gaji kakitangan awam. Sharing is caring kan...hahaha

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.
 
Memandangkan sekarang banyak benda ke GST. Sakit hati macam tak berbaloi bila berbelanja. Harga barang naik kena GST lagi. Huh! 

Kenaikan gaji  itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.
Saya rasa penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.

"Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Walapun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut cer layari  astroawani.com

No comments:

Post a Comment