Assalamualaikum.
Jujur kita tak pernah didatangi mimipi bertemu Rasulullah. Alhamdulilah la dan beruntung mereka yang didatangi Rasulullah SAW di dalam mimpi. Huh! Alangkah bahagianya kalau kita juga dikunjung Baginda dalam mimpi.
Saya percaya Allah Maha Mengetahui.
Maha Mengetahui apa yang kita tak pernah tahu dan tak tahu. Mungkin Allah tahu kita tak boleh bila dapat nikmat itu.
Mungkin juga saya akan menangis dan menangis tanpa henti - henti jika didatangi Rasulullah SAW dalam mimpi. Mungkin menangis gembira dan terharu. Padahal ada tanggungjawab. Mungkin juga saya hamba yang serba kekurangan.
Cuma kerana rindu pada Baginda, perasaan ingin masih kuat. Menulis ini pun seluruh tubuh badan tiba-tiba rasa berdebar-debar.
Apatah lagi kalau didatangi Baginda dalam mimpi. Masyallah!
No comments:
Post a Comment