Salam ukhwah untuk pembaca blog saya.
Entri untuk kali ini, nak berkongsi mengenai perkembangan terbaru untuk warga Johor Bahru. esspecially yang kaki jalan. Bolehlah bagi mereka membuat tempahan pesawat dari KLIA, so sekarang dah tak perlu nak risau.
Sekarang dah ada kemudahan (bunyinya macam free tapi berbayo ya cik Senah..hahaha) Perkhidmatan bas langsung ke KLIA. Jadinya lagi senangkan.
Schedulenya kalau tak silap ada 5 kali keberangkatan tak kira dari Johor Bahru ke KLIA atau sebaliknya. Tapi yang menariknya bila naik bas ini, servis sama
macam naik kapal terbang. Oooo hoiii bajet ko! Siap ada luggage tage, pastu ada diberi
mineral water yang diedarkan oleh pemandunya. Waaa! Kelas ko...hahaha
Dan yang paling penting, dia tak macam bus lain. Cukup masa, trus
berjalan dan hanya 2 stesen sahaja dari Johor Bahru. Sama ada dari
Terminal Larkin atau Terminal Tun Aminah.
Bagi yang teringin naik sila layari Bus Yoyo.
LCCT dah lama tutup... sekarang ni guna KLIA2 sudah...
ReplyDeleteWah lepas ni bolehlah kembangkan aktiviti jalan-jalan CT... hehe
ReplyDelete