Nuffnang
Monday, August 31, 2009
MALAM TUJUH LIKUR
KEMERDEKAAN KE 52
Telah 52 tahun kita menyambut kemerdekaan. Alhamdulilah 52 tahun kita bebas dari penjajah. Kadang-kadang terpikir kita sebagai rakyat Malaysia cukup beruntung tinggal disebuah negara yang cukup aman damai, tiada peperangan sana sini berbanding negara lain.
Orang meriah kesana sini, ada yang berpusu-pussu ke Danga Bay berbanding saya lebih suka duduk di rumah mengadap tv. Sehari suntuk mengadap tv dan mengemas rumah dan buat apa yang patut. Tambah-tambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu serta wabak H1N1 saya tidak berapa berani keluar rumah sangat. Tadi Aja balik UiTM pun suami yang hantar ke terminal Larkin.
Astro bagi channel free selama 2 hari, iaitu channel 188 khusus untuk datuk Siti Nurhaliza punya aktiviti so saya mengadap tv je. Suka tengok konsert Satu siti Nurhaliza, nampak kematangan dia sebagai seorang yang telah berkahwin dan penyanyi profesional.
Makanan untuk berbuka puasa pun dah siap saya buat menu paling simple. Errmm.. masak laksa penang, kastard karamel dan air katira.
Lagi 10 minit nak buka puasa sempat saya sapu bawah pokok bonsai ddepan rumah, tiba-tiba muncul anak india jiran jarak 3 buah dari rumah saya dalam usia 3 tahun mendapatkan saya, ermmm..dia panggil saya ane..ane...ane. Saya tengok dia kemudian bulatkan mata, dia lari panggil makkkkkkkkkk. Cepat-cepat saya masuk...huhuhu. Ada ke panggil kita ane..ane...ane, ingat kita ni datin K ke? huhuhu.
Sunday, August 30, 2009
MEMBELI BELAH DI PLAZA ANGSANA
Selepas itu kami ke ruang legar tingkat satu, penuh dengan orang jual baju raya. Memula cari baju saya yang telah di tempah di Butik Charming. Siap dah baju saya, bayar RM135.00. Kemudian cari baju Aja dapat di Butik Ariana kena bayar RM150.00. Kemudian masuk Butik Miami Jaya untuk cari baju suami. Dapat baju cekak musang dengan harga RM110.00. Masuk pulak kedai kasut Fabio Ricco beli kasut saya dan Aja RM80.00.
Ajim tak perlu beli lagi sebab dah beli lebih awal 2 minggu lepas. Macam-mcam dia dah dapat, dengan seluar Jeans, baju melayu, kasut, stokin, tshirt dan minyak wangi. Dalam pukul 2.00ptg balik, sebelum itu singgah Kip Mart Tampoi cari tudung. Alhamdulilah dapat 2 helai dan Aja beli blaus.
Kemudian kami balik sampai rumah pukul 3.00ptg. Badan dah penat tak masak kemudian beli di bazar Taman Pulai Indah. Suami pulak balik beli ketupat, rendang dan sambal goreng. Macam raya pulak.
Thursday, August 27, 2009
SEK. MEN. KEB. SULTAN ISMAIL, JB
Saya masih ingat lagi guru-guru yang mengajar saya Pn. Norpisah Md Nor. Cikgu Roger Abdullah, Pn Zawiyah Kaderi, En. Abd. Razak Abd. Samad dan Pn Norizah Abd Manap serta Cik Rosnah Md Nor, yang pernah menjadi warden saya ketika di asrama. Pengetua saya ketika itu En. Kari bin Man. Kemana dan dimana mereka sekarang? Sihat lagikah mereka semua? Mudah-mudahan mereka sihat semuanya dan bagi yang telah tiada, Al Fatihah buat mereka.
Rindu saya dengan SSI. Bila lalu depan hutan bandar mesti pandang asrama tempat tinggal saya zaman sekolah dulu. saya berbangga SSI ramai melahirkan anak bangsa yang telah mengharumkan nama Malaysia.
Syabas! SSI moga bertambah maju dan terus maju.
Wednesday, August 26, 2009
JIRAN TETANGGAKU
Saya agak kurang bertegur sapa dengan jiran tapi kalau secara kebetulan berjumpa sekadar senyum dan bertanya khabar.Begitu juga disekeliling kiri, kanan dan juga belakang rumah saya merupakan jiran yang paling hampir kedudukannya dengan rumah saya.
Memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja dan masing-masing keluar melanjutkan pelajaran, anak-anak jiran menjadi pemecah kesunyian saya sewaktu berada dirumah. Rumah saya memang agak sunyi jadi saya boleh mendengar setiap perbulan mereka.
Saya paling suka mendengar celoteh anak jiran belakang rumah saya. Saya jenis suka melepak dalam bilik anak bujang dan secara kebetulan bilik kami bertentangan walau dipisahkan oleh jalanraya belakang rumah.
Budak lelaki yang rajin berceloteh sehingga sekarang saya tidak mengenali paras rupa dan wajahnya. Saya mengenalinya dari suaranya saban hari yang meriuhkan suasana malam. Saya hanya mengenali ibunya seorang guru, itu pun secara kebetulan saya menyidai kain dibelakang rumah. Kami masing-masing berkerja dan dengan haluan sendiri, tambah-tambah lagi sekitar perumahan saya isteri-isteri mereka kesemuanya berkerjaya.
Memandangkan kerjaya ibunya seorang guru mungkin mereka tidur lewat malam kerana menyiapkan tugasan sekolah yang dibawa balik ke rumah. Ada sahaja gelagat yang hendak dibuatnya, secara tidak langsung dia membuat saya ketawa.
Dalam 2 bulan yang lepas kalau tidak silap, saya sedang membaca buku dan jam pun menunjukkan pukul 12.30mlm. Tiba-tiba dia minta ibunya belikan dadih tengah malam...hehehe. Ibunya dengan lembut menjawab esok ya! Ibu belikan balik sekolah....aaaaa ibu belikan 10 ya!...hehehe
Tadi lepas berbuka puasa saya dengar dia bermain 'sembunyi-sembunyi' dengan adik lelakinya. Antara dailog mereka berdua:
Abang : Abang sembunyi, adik cari abang tau!
Adik : Boleh...bolehh..
Abang : Adik kira dulu 1 sampai 10 lepas tu cari abang ya.
Adik : 1, 3, 10... 1, 3, 10,...1,3,10,... 1,3,10...1,3,10
Abang : Abang dah sembunyi, carilah abang!
Saya tergelak je lepas sembahyang maghrib dengar gelagat mereka. Adik mengira sudahlah salah dan si abang sembunyi boleh cakap-cakap lagi...hehehe
Kejap lagi apa lagi yang mereka buat...ehehehe. Itulah jiran saya, mereka buat saya ketawa sendirian.
Sunday, August 23, 2009
PUASA PERTAMA RAMADHAN 2009
Sampai rumah dalam pukul 10.30mlm, sembang-sembang kemudian tidur sebab pagi esoknya nak bersahur. Bangun seawal 4.00pg. Masak nasi dan masak lauk ikan masak kicap, sayur kailan goreng, telur masin dan daging goreng.
Semalam berbuka puasa di rumah abah. Memang cukup meriah memandangkan semuanya berkumpul. Sampai rumah dalam pukul 3.00ptg. Macam-macam lauk kami masak antaranya kari daging dan ayam, ikan cencaru bakar cicah lada kicap, sup 'gear box', sayur peria goreng, ikan pari masak lemak, mee teow goreng, mee kari, kastard berkuah, pelbagai kuih muih.
Selepas semuanya berbuka puasa, kami bersolat maghrib beramai-ramai. Abah menjadi imam kepada kami semua.
Berehat sekejap kemuadian kami beramai-ramai dari atok, nenek, anak, menantu serta cucu berssolat terawih di masjid Felda Ulu Tebrau. Alhamdulilah saya bersolat terawih sehingga selesai.
Pukul 11.00mlm bertolak balik ke Taman Pulai Indah.
Saturday, August 22, 2009
PERCUTIAN DI PORT DICKSON
Ciri bangunannya yang berbentuk tradisional minangkabau cukup menarik hati saya.
Friday, August 21, 2009
PERJALANAN HIDUP INI SINGKAT
Bila masa terluang duduk dengan 2 orang anak-anak saya. Kami suka bercerita tentang zaman kanak-kanak. Rasanya zaman kanak-kanak saya cukup beruntung sebab saya merasai suasana kanak-kanak membesar di luar bandar. Saya dapat merasa bermain 'enting-enting', lompat galah, main sembunyi-sembunyi, main pondok-pondok, main berudu, mandi sungai dan pelbagai lagi kalau di ingat kembali. Berbanding dengan anak-anak saya mereka lebih mengenal play station, komputer, berbasikal dan kalau balik rumah saudara mara atau pun rumah datuk dan nenek mereka barulah berkesempatan itu pun hanya pergi ke sungai untuk bermain-main air sungai yang telah cetek.
Kalau zaman kanak-kanak saya dapat merasai erti kasih sayang dari kedua-dua belah nenek dan datuk, namun kian berlalu mereka telah pun meninggalkan kami semua. Anak-anak saya hanya seketika merasai kasih sayang dan mengenali moyang mereka.
Begitu juga dengan ibubapa saya kalau dulu mereka berdua, mak telah pergi buat selamanya dan kini telah berganti dengan mak yang baru. Apa yang saya perhatikan kesihatannya pun menguzurkan. Disebelah suami yang merupakan ibubapa mertua saya juga kian uzur. Entah bila mereka dijemput kembali hanya Allah yang mengetahui.
Adik beradik pun usia kian meniti senja, Masing-masing telah berumahtangga sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau dapat berjumpa pun hanya sesekali. Kalau dulu anak seorang, dua kini ada yang dah lima.
Anak-anak saudara kalau dulu tanya darjah berapa kini sudah menengah dan juga ada yang di IPTA. Pejam celik termasuk anak saya yang sulung sudah di IPTA.
Begitu juga dengan rakan-rakan dipejabat yang menjadi teman suka duka, ketawa bersama ada yang telah meninggalkan saya buat selamanya. Allahyarham abang Haron, Zakaria, Sulaiman dan ada beberapa lagi.
Hidup ini singkat, banyak perkara yang masih belum tertunai dalam diri ini. Moga saya diberi kesejahteraan kesihatan yang baik, keluarga bahagia, anak-anak berpelajaran tinggi serta berakhlak mulia, dimurahkan rezeki, rajin beramal, sentiasa memaafkan orang lain dan rasa cinta pada seluruh ahli keluarga yang sangat saya sayangi.
Tuesday, August 18, 2009
CEMPEDAK
Ermmm...saya belah makan begitu saje dengan Ajim. Memandangkan suami tak berapa gemar buah cempedak kami makan berdua sampai habis. Sedapnya!
Nak rasa ke? Jom join sekali...
Monday, August 17, 2009
KONVOKESYEN UTM KE 43
Seramai 5262 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Memandangkan cuaca dan udara yang kurang elok, konvo kali ini saya tidak berkunjung ke tapak jualan tambahan Azim pun sibuk mentelaah pelajaran untuk menduduki peperiksaan percubaan PMR. Mengutamakan kesihatan diri lebih baik dari segalanya.
Buat semua graduan UTM yang ke 43, sekalung tahniah dari saya.
IKAN TONGKOL
Tengahari ahad balik rumah Pulai Indah. Kemas apa yang patut tiba-tiba loceng pagar berbunyi. Tengok jiran sebelah hantar ikan tongkol 8 ekor. Jiran saya ini minat memancing, biasanya balik dari memancing ada buah tangan untuk kami sekeluarga.
Semalam dia memancing di lautan kawasan Mersing. Lumayan jugak hasil pancing yang dia dapat. Kalau 8 ekor untuk keluarga saya yang amat kecil ahlinya tambahan ikan yang dia beri besar-besar belaka.
Apa lagi sms adik iparku. Dia bersetuju, Azim hantar rumah dia 4 ekor. Saya pun siang dan bersihkan apa yang patut. Memandangkan ikan baru rasa teringin pulak tekak ini masak singgang.
Selesai masak terus makan ikan singgang tambah dengan tempoyak. Perggghh! sedap banget!
Friday, August 14, 2009
USTAZ ASRI RABBANI MENINGGAL DUNIA
Allahyarham Ustaz Asri dipercayai meninggal dunia semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia.
Memoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan oleh Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang bersama-sama para syuhadah.
Ingatlah kehidupan kita didunia ini hanya sementara, segala kemewahan dan kesenangan juga tidak lama. Semoga kita dapat sama2 menjaga kesihatan diri dan famili dan berkongsi dengan semua tentang penjagaan kesihatan ini.
Kita?? Ayah Ibu kita?? Suami Isteri kita??
Thursday, August 13, 2009
MENGENAL DIRI SENDIRI
Mengikut Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir dari Dr. Fadzilah Khamsah.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
1+ 3 = 4
1 + 3 + 0 + 1 + 1 + 9 + 6 + 6 = 27 > 2 + 7 = 9
4+ 9 = 13 = 1+ 3 = 4
Dari ujikaji ini saya adalah seorang :
4. Rajin
9. Glamour
4. Rajin
Nota : Rajin ke mokcik? Glamer ke mokcik? huhuhu...
Wednesday, August 12, 2009
NINJA (H1N1)
Memandangkan penyakit ini amat merbahaya saya mengambil jalan terbaik dengan memakai topeng muka (face mask). Biar orang kata kita 'Ninja' atau 'orang planet' yang penting sekurang-kurangnya kita terselamat dari wabak tersebut.
Seminggu yang lepas Saya ke hospital HSA dan melihat pekerja sokongan hospital juga tidak memakai mask dan peratusan orangramai yang berkunjung tidak memakai mask juga mengecewakan. Di bahagian ENT hanya segelintir kakitangan hospital termasuk orang awam yang menggunakannya.
Saya sayang anak-anak saya, saya sayang keluarga saya jadi saya berusaha melindungi mereka. Setelah berusaha barulah kita menyerah.
Monday, August 10, 2009
EKSPEDISI PENDAS LAUT 2
Sebelum bertolak saya serta beberapa rakan dari PSZ yang mengiringi ekspedisi bermula dari Danga Bay. Ekspedisi berkayak meredah perairan Selat Tebrau ini disertai 30 orang staf yang masing-masing teruja sebaik melihat lautan biru.
Sabtu : 8 Ogos 2009
Sebelum mengambil tempat di kayak masing-masing, peserta mengaminkan doa untuk keselamatan peserta sebelum mula berkayak ke Kg Pendas Laut. Saya memerhatikan peserta berkayak dari pantai Danga Bay. Mujur keadaan laut yang tenang memudahkan perjalanan kami ke Pendas Laut.
Jam 9.30 pg Saya memulakan perjalan dengan memandu ke Pendas Laut melalui jalan darat menuju Ulu Choh, Gelang Patah dan Kg Pendas Laut. Sampai di Kg Pendas Laut dan mengambil kesempatan berehat, makan dan merakamkan keindahan semulajadi di jeti Pendas Laut sementara menuggu En. Razib dan En. Yusrul tiba. Namun, sempat juga meluangkan masa melihat kesan peninggalan yang sebelum ini pernah menjadi pusat transit pendatang asing dari Vietnam.
Terima panggilan dari En. Razib dan terus ke kem perkhemahan. Sementara menunggu kami bertiga melakukan kerja-kerja yang sepatutnya di kem tersebut. Perasaan bimbang mula datang kerana peserta berkayak tidak muncul dari jeti lagi pun jam sudah menunjukkan 12.40 tgh.
Pukul 2.30 ptg peserta selamat sampai di jeti dengan rasa keletihan. Mereka berehat sambil menikmati makanan tengahari.
5.00 ptg Bergotong royong menyiang ikan, membersihkan kupang, ketam dan udang dan sekumpulan kaum lelaki menyalakan api arang untuk dijadikan bara untuk BBQ malam. Selepas solat maghrib upacara BBQ dilakukan beramai-ramai. Sambil makan buat post mortem masing-masing berkongsi pengalaman berkayak.
11.30 mlm peserta masuk ke khemah masing-masing untuk tidur, ada juga yang ke jeti melihat keindahan malam dan menaiki bot pergi memancing.
Ahad : 9 Ogos 2009
Tidur yang cukup menyegarkan tubuh. Peserta bersemangat meneruskan ekspedisi dan bangun jam 6.00 pg untuk bersolat subuh. Selepas solat subuh semua bersarapan pagi kemudian mengemas khemah masing-masing.
Sebelum memulakan dayungan mereka membuat senaman memanaskan badan. Biarpun teruja, dalam hati berdebar-debar memikirkan perjalanan yang bakal mereka ditempuhi.
Pada peringkat terakhir ini, peserta kayak berdepan cabaran sebenar yang menguji kekuatan mental dan fizikal. Cuaca terik dan gelombang kuat terpaksa dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran. Disamping itu mereka dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Burung-burung camar berterbangan, ikan melompat di dalam paya dan pokok bakau mengiringi perjalanan mereka. Saya memerhatikan mereka dari jeti sehingga hilang dari pandangan.
Dengan semangat ‘Boleh’ peserta ekspedisi berjaya melepasi halangan dan mendarat di Danga Bay jam 12.00 tgh.
Ekspedisi ini berakhir apabila peserta berkayak dari Danga Bay ke Kg Pendas Laut dan keesokannya dari Kg Pendas Laut ke Danga Bay. Apa yang pasti, pengalaman meredah samudera akan dikenang setiap peserta sampai bila-bila...
Tahniah buat mereka!