Nuffnang

Saturday, October 31, 2009

PIZZA HUT






Tiada apa juadah yang menarik sangat masa wedding anniversary. Just kami bertiga sekadar menikmati makanan pizza bersama.

Bagi saya kebahagian bukannya dari wang ringgit berjuta kalau ianya tidak beserta dengan kasih sayang dalam sebuah rumahtangga. Memang wang ringgit perlu ada untuk keperluan harian, melancung, dan sebagainya itulah yang saya maksudkan kebahagian itu penting dalam kerukunan sesebuah rumahtangga. Ceh! macam ustazah la pulak...hahaha


Kami makan pun tak abis, so masuk oven buat breakfast esoknya.

Friday, October 30, 2009

WEDDING ANNIVERSARY


Alhamdulilah, hari ini 29 Oktober 2009 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 20thn. Semoga kami sentiasa dan terus dilimpahi rahmat, rezeki dan kebahagian yang abadi dalam berumahtangga serta tercipta keluarga yang sakinah.

Semoga kami juga terus dibekalkan dengan semangat yang kuat untuk menempuhi hari-hari yang lebih mendewasakan kami. Syukur atas kurniaan daripadaNya!

Most of all, Thank you for my Hubby,
For being the perfect husband, in my eyes and always in my heart

Happy anniversary





CUTI LAGI






28 Oktober 2009 merupakan hari yang saya tunggu-tunggu untuk memulakan tugas di pejabat. 17 hari tak pijak bangunan library tu terasa rindu sangat. Masuk bangunan library seawal 7.30pg, beberapa staf Unit Sirkulasi dah bertanya khabar tentang kesihatan saya. Jawab serba sikit je sambil tersenyum kat dorang.

Turun bawah ada beberapa staf dan pegawai bersalaman dan bertanya khabar. Menunggu pukul 9.00pg untuk ke Pusat Kesihatan UTM, sempat berbual dengan Lela dan mengajar abang Hanafi. Acctually memang belum berapa sihat tangan kiri mula kebas-kebas, lidah pun kebas, badan mengeletar tapi saya jenis tak suka menunjukkan saya sakit pada kawan2 sepejabat. Suka nampak ceria dengan kawan-kawan.

Suami dah call, saya terus ke Pusat Kesihatan UTM. Daftar diri di kaunter pendaftaran dan dapat giliran no. 54. Alhamdulilah doktor yang biasa, dia terus panggil masuk dalam. Bila dia check hidung saya bernanah. Waaaaaa sakitnya bila dia tekan sikit.

Doktor arahkan saya sambung cuti tapi rasa serba salah pulak sebab dah meninggalkan kerja yang agak lama. Orang degilkan, asyik pikir keja manjang kena bagi motivasi macam-macam dengan doktor. Padan muka! Tapi tima kasih buat doktor mengingatkan saya yang alpa.

Dimana ya, silapnya sampai idung bernanah. Nak kata silap makan berpantang, ntah la ujian Allah sebenarnya.

Masuk pejabat semula ambil beg dan tinggalkan mc dalam tray boss. Balik rumah makan antibiotik terus tido, memandangkan malamnya tak tido semalaman. Terlena tido dalam sejam, idung tetap meleleh nanah. Malam tadi nanah keluar lagi. Banyak wooooo!

Pagi ini paling sedih, bangun tido tengok nanah dah meleleh. Ya Allah banyak takutnya. Jangan sampai masuk wad semula. Tekak pun sebenarnya dah tak selesa. Takuttttttttttttttttttttt! Sedapkan hati kuatkan semangat! nanti baik, cepat sembuh.

Paling sedih masuk toilet tengok darah ketul beserta nanah yang banyak kat tisu. Maaflah pembaca blog saya, sapa yang gerun atau rasa takut jangan tengok ya! Sakit, bisa dan sebagainya tuhan je yang tahu. Saya kena tabah hadapi ujian ini.

Hope sangat nanah kering dengan kadar segera, macam mana nak keja kalau macam ni.

Monday, October 26, 2009

SELAMAT MENJADI TETAMU ALLAH


Dalam mengejar keduniaan selalu mokcik ingat pada ibadah yang satu ni. Pengalaman mengerjakan umrah tahun 2006 buat mokcik rasa terpanggil untuk menjadi tetamuNya yang kali ke 2. Kekadang kita terleka dengan duniawi, tidak bertujuan memaksudkan sesiapa tetapi kekadang kita lalai dengan kebendaan sampai boleh berkata nantilah, tunggu tua, tunggu usia 50an. Mokcik memang takut, bukan takut apa. Takut tak sempat melakukan ibadah yang satu ini.

Pada 21 Oktober 2009 jemaah haji Malaysia telah berangkat ke tanah suci. Tahniah buat mereka yang berjaya menjadi tetamu Allah untuk tahun ini. Moga jemaah haji semua mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan kembali. Doakan kami sekeluarga dapat kesana secepat mungkin.

KOLEKSI PINGGAN KANGKUNG







Aaaaaa..kali ni mokcik nak tunjuk (ceh! macam riak la pulak) pinggan kangkung yang ada dalam simpanan mokcik. Tak berapa banyak la, kira boleh ler buat coci mata sendiri dari tak ada...huhuhu.

Mokcik dapat pinggan kangkung ni dari mak mentua, dia bagi mokcik pinggan yang lain mokcik beli dari merata tempat. Sekarang ni mokcik nak cari cawan dan piring. Susahkan nak dapat. Bagi info sapa yang tahu boleh dapatkan piring dan cawan? Mokcik nak cari la.

Cantik tak nyah mokcik punya pinggan kangkung....auwwww!

KOLEKSI PENINGGALAN NENEK MOYANG




Moga pagi isnin ini penuh dengan kerahmatan semua buat mokcik2, akak2, pokcik2, abang2, adik2 dan anak2 semua. Arrr...mokcik masih dalam cuti, bosan yang tahap gaban.

Mokcik dah beransur pulih, ada sikit2 lagi pendarahan dan rasa sakit kat idung tu memang ada lagi tapi mokcik buat tak tau je. Kita nak keja, banyak keja yang belum selesai tambah2 dah dekat akhir tahun ni.
Semalam mokcik janji nak tunjuk pingggan mangkuk lama hasil peninggalan nenek moyang mokcik kan? Biar pun usianya dah hampir mencecah 100thn namun ia tetap di hati mokcik. Sentimental value tu!

Terakhir sekali masa atuk mokcik meninggal dunia, adalah mak sedara mokcik yang tinggal di Batu Pahat bagi pinggan mangkuk kat sedara mara terdekat supaya pinggan mangkuk ni dapat di pakai dan secara tak langsung berjalan pahala nenek moyang mokcik. Jadi mokcik ni tau je lah, errrmm sayangkan pinggan mangkuk tu so mokcik letak dalam almari. Bila orang datang mesti tanya mana dapat pinggan mangkuk tersebut. Mokcik pun dengan rasa bangganya, berceritalah.


Ada ummmmphh!

Sunday, October 25, 2009

KOLEKSI PINGGAN MANGKUK IKAN


Malam ini rajin la pulak mokcik nak menaip entri blog ini. Bukan apa hormon terlebih rajin mokcik gaknya yang terkumpul dalam 2 minggu ni...huhuhu.

Bila tengok blogger lain bukan main rajin memaparkan pinggan mangkuk, tingin pulak mokcik nak mengambil gamba pinggan mangkuk mokcik yang tak seberapa. Mokcik hanya 2 buah almari yang menempatkan pinggan mangkuk mokcik. Aaaaaaa..pinggan mangkuk bukan yang english style punya. Orang miskin katakan, tak mampu nak beli yang mahal-mahal...huhuhu. Ceh! Merendah diri la pulak mokcik ni. Mokcik ni jenis suka kumpul pinggan mangkuk dari zaman pemerintahan Jepun. Jangan tak tau! Mokcik boleh simpan cawan tadahan susu getah, tapi bukan mokcik cari tapi opismate yang bagi. Itu pun ihsan dari En Fakrul Zaman. Aaaaa..tima kasih ya Fakrul yang sudi melayan kerenah mokcik ni.


Kat atas tu sedikit yang mokcik sempat snap, pinggan ikan yang mokcik dapat dari kedai di Parit Besar, Batu Pahat dan Parit Yusof, Muar. Bukan senang mokcik nak kecek dengan apek kedai. Lain di minta lain yang dia kuarkan. Errmm pinggan zink yang dia nak bagi. Bagi apek sendiri pakai loooo.

Lenkali mokcik bagi tunjuk pinggan mangkuk hayun yang dah hampir 100 tahun masih cantik dalam simpanan mokcik. Peninggalan dari arwah nenek moyang mokcik.

Tungguuuuu....zasss

UP TOWN, JOHOR BAHRU






Dah berapa hari agaknya tak menaip entri blog ini. Cian ko blog, maaf eh! Kita ni dah cukup bosan duduk rumah 2 minggu. Serba tak kena dibuatnya. Pusing-pusing tengok katil, bilik sana, bilik sini, ruang dapur, ruang tamu, ruang makan, tangga, toilet, tengok pokok bunga daun camtu gak...hahaha. Buhsannn aarr kita. Errmm... suamiku tersayang pun ajak keluar pusing-pusing dari Skudai, ke Bandar Baru Uda dan terus ke bandar JB.

Bila tiba bandar JB bagi tahu suami pasal tempat menjual barang-barang antik. Suami pun tunjuk. Oooo barulah tahu, tempat tu ada orang panggil up town JB/Bazar JB. Ianya di buka waktu malam dari jam 8.00-12.30mlm. Ceh! tolong promote la pulak, ada makna tu, sebab nak datang lagi shopping mopping.

Pelbagai jualan yang dijual kat situ antaranya barang-barang antik, koleksi duit lama, barangan tembaga, tshirt, tudung, periuk belanga, sport rim, jam, beg, kasut, lukisan, alat muzik dan macam-macam lagi boleh dicari. Rajin dengan tidak je nak jalan...
Saya tak jalan jauh sangat memandangkan belum berapa sihat, itu pun dah berpeluh jadi seram sejuk. Errmm takut rebah, lain lak jadinya. Orang sibuk menjual, ada kang mengangkat 'barang antik'...huhuhu Kami hanya jalan area Maybank lagi pun secara kebetulan dekat situ, ada satu, dua tempat menjual koleksi barangan lama. Saya belilah juga jam ukiran kayu jati, ikan kayu, kucing kayu dan ukiran kayu dari Bali. Kalau ikutkan nak jalan lagi tapi tak kuat, takut rebah.

Bila dah sihat memang nak jalan lagi kesana, dalam kepala ni dah macam-macam buat perancangan...huhuhu

LV POJAAN HATIKU...



Akhirnya dalam waktu sakit macam ni dapat gak nak pakai beg LV yang saya idamkan selama ini. Ermmm... bila pilih punya pilih akhirnya beg LV ini yang berkenan kat hati. Yelah kita ni bukan orang beruang (berwang) sangat..kan..kan..kan, bila dapat sesuatu yang kita idamkan mesti suka sangat.

Lainlah suami kita orang beruang, ini takat kerja buruh paksaan...huhuhu. Makan pun untuk sara pagi petang je. Ceh! Merendah diri...auwwww nyah I dapat beg LV U! Auuuuuw nyah cantik tak? :)

Thursday, October 22, 2009

PENDARAHAN LAGI!


Sudah 10 hari saya terlantar sakit. Bermula 19 Oktober 2009 petang saya mengalami pendarahan semula. Takut dan memualkan bila darah banyak keluar. Hanya Allah yang tahu, peritnya bila darah keluar dengan menahan pedih luka.

Mungkin blogger yang lain tertanya-tanya kemana saya menghilang. Memang saya tak boleh bangun sangat, banyak masa saya habiskan dengan terbaring atas sofa dan meletakkan air batu atas dahi bagi tujuan untuk mengurangkan pendarahan. Jalan pun tak berapa kuat, badan rasa melayang dan nak terjatuh. Bila malam suhu mula naik panas so jadi demam.

Semalam pagi suami bawa ke Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan. Sampai pusat kesihatan pun tak boleh duduk, jadi saya di tempatkan di wad pusat kesihatan buat sementara waktu untuk mendapatkan rawatan dari doktor yang bertugas. Selepas mendapat rawatan doktor menyambung cuti sakit sehingga 28 Oktober 2009. Semalam sampai rumah pun terbaring sampai ke petang.

Alhamdulilah pagi ini saya boleh bangun walaupun badan masih terhuyung hayang tapi lebih baik berbanding semalam. Pergerakan agak terbatas, tak konsisten kena berhati-hati. Memang dah terlalu bosan duduk di rumah tapi nak buat macam mana ya, nak berjalan sangat pun tak kuat. Hope boss dan rakan-rakan di pejabat paham situasai yang saya alami sekarang.

Saya rindu sangat nak datang pejabat, kerja macam biasa. Bergurau, ketawa dan usik mengusik dengan rakan-rakan sepejabat. Kita rindu nak minum pagi dengan Lela dan Kak Ana, rindu nak berbual dan usik-usik Ayu, Ecah, Sak, Kak Wan, Kak Laifah, Halim, Pak Lebai, Fizan, Faezan, Hadi serta yang lain-lain. Walaupun ada yang jarang bertegur sapa tapi saya rindu dapat senyum dengan mereka. Mereka adalah keluarga saya, bila sakit terasa jauhnya dengan mereka.

Hope mereka doakan saya, dapat kerja balik macam biasa.

Monday, October 19, 2009

Ooooooo....TEMPAYAN NAGA



Arggggggghh! mmg boring banget bila dah duduk rumah dalam berapa ari ni. Saya ni jenis orang tak tau duduk diam, boring dekat rumah keluar rumah pandu kereta pusing-pusing. Bila dah sakit macam ni rasa patah kaki la pulak. Bila memandai keluar rumah rasa takut bleeding banyak la pulak. Naya kang!

Kalau dah duduk rumah apa lagi online internet dengan baca buku. Buku dah hampir 8 buah saya baca. Masuk intenet takde lain update blogspot dan paling suka masuk mudah.com.

Biasalah bila masuk mudah.com apa lagi tengok ruangan hobby & collection. Saya punya minat biasa la, barang-barang antik...hehehe. Semalam berkenan sangat dengan tempayan naga. Sms tuan punya tempayan, dia nak jual RM250.00. Saya pun nego la, last dapat RM100.00. Bagi tau dia tak boleh ambil awal sebab dalam cuti sakit operation, lagi pun bukan dekat en Syed tinggal di Pontian. Hope sesangat jangan sampai jatuh tangan orang lain.

Tiba-tiba pagi tadi dia call bagi tahu nak hantar tempayan kat rumah dan secara kebetulan dia nak ke UTM hantar anak balik kolej. Bila en Syed dan isteri sampai tunjukkan la tempayan tu, Mak oooiiiii ingatkan comel lote, errrm besonya. Bagus! bagus suka kita. Horeeyyyy!

Buat masa ini boleh ku pandang-pandang, siap la ko tempayan bila sihat nanti banyak boleh saya manafaatkan kat tempayan naga tu. Ingat nak buat stand kaki tempah kat kedai, kemudian tempah kaca coklat untuk permukaan atas. Saya nak jadikan meja. Ermmm..pastu atas permukaan nak letak lampu-lampu zaman dulu. Nampaknya dalam mudah.com ada lampu-lampu lama...ehehehe.

Ilang sket boring yang tahap gaban ni. Tempayan pun leh jadi kawan...hehehe

Sunday, October 18, 2009

HAPPY DEEPAVALI


Ayoyoooooo...Happy Deepavali buat penganut agama hindu di Malaysia semua. Tak pandai la nak cakap tapi mau kasi wish juga epi deepavali.. :)

Saya suka itu maruku, tiba-tiba ini petang saya punya kawan sudah itu kasi maruku juga, bukan india tapi itu perempuan melayu juga.

Ayoyoyoooooo...epi deepvali juga!!!

PENGALAMAN 3X MENJALANI PEMBEDAHAN


Mungkin setiap orang yang pernah melalui pengalaman tinggal di wad hospital berbeza-beza, tak kiralah hospital swasta mahu pun kerajaan.

Saya pernah melalui 3 kali pembedahan, bermula tahun 1991 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur ketika itu melakukan pembedahan paru-paru. Kedua kalinya tahun 2001 di Hospital Sultanah Aminah, pembedahan tyroid dan terkini pada 13 Oktober 2009 di Hospital Sultanah Aminah, pembedahan polip hidung.

Pengalaman 1991 memang betul-betul mencabar, doktor telah pun memberi penjelasan pada saya, suami dan abah harapan untuk hidup hanya 50%. Semangat saya kuat untuk hidup ketika itu. Ketika itu hospital-hospital dalam Malaysia belum ada kemudahan untuk melakukan pembedahan kardiotorasik, yang ada hanyalah Institut Jantung Negara.

Teringat saya sebelum menjalani pembedahan kita itu, saya di tempatkan dalam satu wad, di mana dalam wad tersebut hanya menempatkan 5 orang pesakit sahaja. Saya, seorang remaja, seorang wanita dewasa cina, seorang bayi dan seorang wanita melayu berusia 30an. Mereka berempat mempunyai masalah jantung dan saya seorang masalah paru-paru. Kesemua pesakit dalam wad ini adalah tahap kritikal termasuk saya.

Sehari sebelum saya menjalani pembedahan wanita dewasa cina tiba-tiba rebah atas lantai yang cuba berdiri di tepi katil. Akhirnya dia disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba.

Seorang remaja yang menjalani pembedahan pada hari yang sama dengan saya meninggal dunia ketika pembedahan di lakukan. Ingat lagi dalam 2-3 hari sebelum pembedahan, kalau tak silap saya nama dia Rozaihan, anak kepada pengurus Felcra di Negeri Sembilan dan merupakan pelajar MRSM berusia 15 tahun. Allahyarham suka makan ayam goreng KFC sewaktu di wad, sikapnya yang manja dengan ibubapa buat saya tertarik. Saya dapat tahu dia meninggal pun selepas keluar dari CICU dan di tempatkan di wad. Al Fatihah buat Allahyarhamah adik Rozaihan.

Sepanjang saya di IJN saya banyak di awasi oleh ibu saudara yang merupakan staff nurse di situ, namun dia merupakan pesakit kanser. Dia banyak memberi saya kekuatan semangat. Setahun selepas saya menjalani pembedahan allahyarham meninggal dunia. Hanya Allah yang membalas budi baik allahyarham ketika itu. Al Fatihah buat allahyarhamah Rosila.

Pengalaman 2001 sewaktu menjalani pembedahan tyroid. Saya di tempatkan di wad yang ramai pesakit. Ketika itu arwah mak yang jaga. Boleh di katakan siang dan malam nampak ada kematian terutama pesakit dewasa.

Pengalaman 2009, menjalani pembedahan polip hidung. Sebelah kanan katil saya pula merupakan wanita melayu yang berusia 25thn. Beliau menghadapi kanser lidah dan tonsil. Sewaktu saya sampai di wad dia baru menjalani pembedahan lidah dan tonsil, saya pun hanya mampu tersenyum sahaja pada beliau memandangkan dia tak boleh berkomunikasi dengan baik kerana baru menjalani pembedahan lidah yang patut di potong memandangkan kuman kanser begitu aktif di lidahnya. Saya hanya mengenali suami beliau yang cukup peramah dan rasa tanggungjawab terhadap isterinya buat saya betul-betul teruja. Kalau tidak silap namanya Liana dari Gelang Patah. Buat adik Liana, moga tabah menghadapi dugaan dari Allah. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dik!

Di sebelah kiri katil saya pula wanita cina dewasa yang menjalani pembedahan ketumbuhan dalam telinga. Dia cukup peramah dan menghormati saya sepanjang di wad. Kami bertiga keluar wad pada hari yang sama.

Siapa yang pernah tinggal di wad sahaja merasai apa yang saya rasa walau pun ianya berbeza pengalaman tapi itulah pengalaman yang pahit dan manis untuk di kongsi bersama.

Saturday, October 17, 2009

HIKMAH DI SEBALIK MEMBACA








Sepanjang dalam cuti sakit bahan-bahan di atas adalah merupakan teman saya ketika kesunyian. Selain online melalui hp, bahan-bahan inilah yang banyak membantu rasa bosan ketika terlantar di wad sebelum dan selepas menjalani pembedahan. Dengan membaca ianya satu perkongsian daripada segi ilmu melalui penulis kepada pembaca, ilmu yang ada dari penulis dapat di turunkan kepada saya. Alhamdulilah! terima kasih.

Ada beberapa buku yang memang saya bawa ke hospital, ini bukan pertama kali saya pernah tinggal di wad so saya sudah merasai betapa boringnya kalau tiada bahan bacaan. Alquran memang teman ketika selepas solat, 2 buah novel 'Tidak Ingin Menangis Lagi' dan 'Untukmu Permata Hatiku' yang saya pinjam di Perpustakaan Sultanah Zanariah, 2 buah buku saya terima ketika menerima anugerah pekerja khidmat cemerlang 'Minda Lestari' dan Mengangkasa Pengajian Tinggi' hasil tulisan Datuk Zaini Ujang yang merupakan Naib Canselor UTM dan 2 majalah 'Perempuan' dan 'Midi' pemberian adik saya Ita yang menetap di Terengganu bersusah payah balik untuk menziarahi saya. Thanks and I luv u all.

Bahan-bahan bacaan inilah peneman saya daripada mengantuk sewaktu di wad. Cara yang paling bagus ialah membaca buku-buku ilmiah dan agama.

Acctually banyak hikmah yang saya dapat bila Allah turunkan saya sakit. Selain menerima kasih sayang dari keluarga dan sahabat handai, saya di beri ruang untuk membaca bahan-bahan tersebut. Kalau tidak masakan hendak membaca, menyentuh pun rasanya tidak ada masa.

Itulah kita sebagai hambanya kena menerima segala ujian Allah dengan hati terbuka. Sebagai orang yang di turunkan sakit, mental dan fizikalnya di uji. Mereka hadapi ini adalah kifarah untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat disisi Allah hasil daripada kesabaran dan ujian kesakitan yang ditanggung.

Menunjukkan betapa Allah sayang pada makhluknya.

HIKMAH DI SEBALIK KESAKITAN







Banyak hikmah yang kita dapat apabila kita di turunkan musibah, tidak kiralah bencana alam, di timpa sakit dan sebagainya. Bagi saya sekarang kehidupan perlu diteruskan walaupun kita terus di uji sepanjang perjalanan hidup kita. Ada hikmah yang kita dapat selagi nyawa di kandung badan.

Kita kenal erti kasih sayang yang sejati terutamanya dari ahli keluarga kita sendiri. Selain itu saya mengenali hati budi ahli keluarga, rakan-rakan yang rapat dengan saya. Sepanjang saya sakit bukan kita perlukan keluarga sahaja, tetapi juga kawan-kawan. Maka disitulah kita kenal kawan masa bergembira, siapa kawan kita semasa susah, tapi kawan menangis memang susah nak cari.

Selain itu saya banyak mengenal erti kesabaran, ketabahan dan sentiasa ingat denganNya. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk menghirup udara segar, merapatkan lagi erti kasih sayang, memberi peluang untuk saya makan dan minum .

Alhamdulilah...

Thursday, October 15, 2009

SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN

Alhamdulilah hp Nokia E71 inilah penyelamat segalanya bila terlantar di HSA. Secara kebetulan di HSA ada wifi so saya boleh online 24hrs melalui hp. Boleh baca emel rasmi pejabat, tengok dan menaip blog dan macam-macam lagi walaupun dalam keadaan terlantar. Terima kasih Nokia E71.

Hari jumaat saya masih datang ke pejabat seperti biasa. Menyelesaikan tugas-tugas yang sepatutnya dan sebelah petang terus masuk bilik mesyuarat buat searching projek eco tourism utm yang masih belum selesai. Ada sama pn Norazila dan Fakrurozi. Tepat jam 5.10ptg terus balik rumah. Malam banyak jemputan tapi tolak secara baik, bukan tak sudi tapi kena kawal kesihatan takut terdedah dengan selsema, batuk dan demam.

Hari sabtu pun duduk rumah tengok tv, online melalui laptop. Bila baca emel rasmi rasa terharu officer satu unit yang bukan menyelia saya iaitu Pn Haslina bagi semangat. Sempat saya copy emel beliau bertarikh 09 Oktober 2009, Jumaat.

" Salam Kak Ct.

Petang ni saya tak nampak kak Ct dimeja, suara pun tak kedengaran.

So saya doakan mudah-mudahan kak Ct selamat menjalani pembedahan minggu hadapan, semoga tenang dan cepat sembuh. Insyallah jika ada kelapangan saya akan berziarah. Boleh tak beri no. hp? Boleh tanya perkembangan kesihatan nanti.

Sekian, moga tabah menghadapi dugaan dan semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah."

Meleleh airmata bila baca emel dari Cik Haslina yang cukup prihatin kat saya. Sehingga sekarang msg-msgnya sentaiasa menemani sepanjang saya terlantar di hospital. Thanks HH.

Acctually memang tak nak turun petang jumaat tu, rasa sedih nak tinggalkan pejabat tapi secara kebetulan memang ada projek setiap petang. Pagi jumaat tu Sal ada hulur kuih raya suruh makan, ambil jugak 2 keping pun dah rasa sebak cepat-cepat kawal emosi buka cerita lain.

Masa minum pagi keluar dengan Lela dan kak Ana, tengaharinya kami keluar ke U Mall. Teman Lela shopping beli barang sikit. Saya adalah beli serba sedikit dan dapat kupon 3 keping. Bagi je Lela.

Hari ahad abah, mak dan Opiq datang rumah. Saya pun tak buka mulut nak buat pembedahan. Rasa kesian kat abah. Biarlah yang tahu akak, adik-adik, suami serta anak-anak.

Pagi isnin saya menuju bandar dengan suami. Temujanji dengan doktor pukul 10.30pg. Sampai HSA terus menuju poliklinik bahagian ENT. Menuju kaunter pendaftaran dan dapat no. 80. Duduk dalam 5 minit tiba-tiba nama saya dipanggil. Staff nurse Lily bertugas ketika itu mengarahkan saya masuk bilik pemeriksaan di bahagian belakang. Masuk bilik En. Nizam dah menunggu dan saya disuruh baring atas katil. Tiba-tiba muncul wanita kurus langsing berbaju dan tudung unggu menghulur tangan dan mengucap selamat hariraya. Errm..doktor Mazlina Selamat. Sepanjang saya menjalani rawatan di ENT dia mengambil kes saya. Saya kagum dengan dia, seorang doktor yang cukup merendah diri, bersikap prihatin dan mudah didekati.

Saya dan suami menuju bangunan induk untuk mendaftar masuk wad. saya ditempatkan di tingkat 5 Barat, katil no. 14. Bermula episod tidur di hospital. Malamnya tidur tak berapa nyenyak sangat. Mula berpuasa jam 2pg sehingga esoknya. Kejap-kejap staff nurse datang hantar baju operation warna putih, stand botol air, botol air, cap kepala dan last sekali dia drip untuk masuk air kat tangan.

Pukul 8.00 pagi dah siap dengan pakaian serba putih untuk bersiap-siap ke dewan bedah. Saya di maklumkan giliran yang ke 3. Perasaan saya ketika itu tuhan je yang tahu dup..dap..dup..dap. Tiba-tiba doktor Mazlina, doktor datin Melati serta doktor lelaki india datang menghampiri saya. Dr Mazlina kena buat presentation depan datin Melati untuk kes saya. Dr. Mazlina menjawab dengan mudah apa yang di tanya. Berulang kali doktor Melati kata dengan dia 'Mazlina be careful! be careful!. Bila doktor Melati berganjak ke patient lain cepat-cepat dia jumpa saya. Ct, kita buat operation pukul 1.30tgh dan jumpa saya kat dewan bedah ya. Saya hanya boleh cakap boleh dan menganggukkan kepala..tuhan je yang tahu masa tu.

Pukul 1.30tgh saya di pakaikan cap kepala dan attendan yang bertugas menolak ke dewan bedah sudah menunggu. Pasrah apa yang berlaku. Nurse yang mengiring ambil bacaan BP. Tiba-tiba BP saya naik sampai 153. Dia suruh saya rileks...hehehe. Ambil bacaan semula ermm 130. Cepat-cepat dorang tolak ke dewan bedah. Sebelum tinggalkan wad sempat salam dengan suami, abah dan mak. Mak buat saya sebak, dia peluk kuat-kuat. Waa! sedihnya masa tu.

Abah, mak dan suami hantar sampai kaunter dewan bedah. Doktor pakar bius yang bertugas sudah menunggu. Comel lote orangnya, pertama dia tanya nama dan I/C no. Saya pun menjawab macam budak tadika..hehehe. Kemudian saya di tolak ke dewan bedah ENT. Sebelum masuk dewan bedah ENT macam-macam dewan bedah saya jumpa. Ada yang sedang menukul kaki, gergaji tulang. Mata ni sempat mandang. Seramnya! Hati berkata tabah! tabah! Macam satu perjuangan antara hidup dan mati. Kalau Allah nak amik aku redha.

Tibalah dewan bedah ENT yang pintu ke berapa puluh agaknya saya lalui. Kalau saya lari dari dewan bedah pun rasanya tak mampu nak cari jalan keluar. Saya di letakkan atas katil pembedahan, apa yang saya nampak lampu berbentuk empat segi dengan lampu 4 biji dan lampu berbentuk tigasegi dengan lampu 3 biji. Pandang kiri kain hijau serta peralatan pembedahan. Nampak kelibat dr Mazlina berpakaian lengkap serba biru untuk melakukan pembedahan saya. Dia cepat melarikan diri dari saya. Mungkin itu prosedur doktor agaknya untuk mengawal emosi dia ketika hendak melakukan pembedahan. Saya memang agak rapatlah juga dengan dr Mazlina setiap kali kami berjumpa, ada je cerita kami berdua. Staf bertugas melakukan tugas cukup pantas. Doktor pakar bius bagi tahu saya ubat bius yang di suntik agak sakit sedikit. Saya di suruh baca bismillah dan mengucap. Alhamdulilah saya lakukan dengan baik. Masa ubat di suntik memang sakit tapi mata tak terlelap, datang seorang ambil penutup mulut terus tutup mulut saya. Kemudian apa yang berlaku pun saya dah tak tahu. Ntah planet mana agaknya saya singgah..hehehe.

Sedar-sedar dr Mazlina panggil saya dan di mulut saya ada alat bantuan pernafasan. Hidung dah di sumbat dengan kain kapas. Masih mamai apa yang dr Mazlina cakap macam di awang-awangan. Lepas ni kena makan aiskrim dan bubur. Telan perlahan-perlahan itu yang saya ingat..hehehe.

Di tolak ke wad, darah memang banyak keluar walaupun kapas dah padat dalam lubang hidung. Bila pegang idung besarnya idung macam serombong kapal...hehehe. Malam kakak jaga bila keadaan saya belum stabil. Ntah berapa kali nurse tukar kapas luar idung sebab basah darah keluar sentiasa.

Keesokkan paginya doktor Mazlina, doktor Melati serta doktor lain datang, ingatkan buat pemeriksaan biasa. Dr Mazlina tarik kapas yang ada dalam ke dua-dua idung saya. Tuhan je yang tahu, saya pejamkan mata kuat-kuat dan tarik nafas panjang. Bila kapas idung kiri di tarik menyembur darah banyaknya janganlah cite, bila kapas idung kanan pulak di tarik lagilah menyembur. 2 mangkuk darah depan mata saya yang mmg saya tak mahu lihat. Tapi nampak jugak cukup mengeriiiikan dengan warna pekat kehitaman yang cukup memeritkan. Baju, meja, katil dah bersepah dengan darah. Tekak macam minum sirap darah, banyak kali nak muntah. Bertungkus lumus staf bertugas letak air batu di kawasan muka dan dalam mulut dengan airbatu. Suasana panik kejap mengurus keadaan saya.

Walau sehingga kini idung saya masih lagi ada pendarahan, namun itulah pengalaman yang tak semua orang lalui seperti saya lalui. Terima kasih saya buat dr Mazlina Selamat yang banyak mendekati, merawat, melakukan pembedahan insan-insan seperti saya. Moga terus berjaya dalam kerjaya akan datang. Tunggu ya doktor 4 November saya hantar jambangan bunga. Tahniah! dan terima kasih saya buat dr. Mazlina serta staf yang bertugas di wad 5 barat serta staf ENT poliklinik HSA.

Tuesday, October 6, 2009

DESA FM

Bangganya dalam sibuk menjalankan kerja di bilik mesyuarat berkaitan Schollar Inn, sempat saya hantar permintaan lagu dalam channel Desa Fm.

Saya tengah buat pencarian berkaitan tokoh-tokoh islam dan bukan Islam. Tiba-tiba berkumandang nama mokcik....huhuhu. Lagu Ukays, bila diri disayangi ditujukan pada rakan-rakan yang sedang menjalankan projek Schollar Inn moga kalian berjaya.

Acctually saya tak serius pun hantar. Main-main je..huhuhu. Projek ini memerlukan searching dalam internet dan secara kebetulan jumpa satu blog http://LaguBaru.blogspot.com. Masuk terpandang perkataan 'request' dan main send je...huhuhu.

Saturday, October 3, 2009

MEE HAILAM

Malam tadi punyalah letih yang tahap gaban. Punyalah malas nak lipat baju, walau pun baju dah berlonggok macam gunung. Lepas solat maghrib terus tertidor atas katil. Belayar ntah kemana. Sedar-sedar pukul 11.30mlm. Bangun terus solat isyak, turun bawah minum air panas dengan suami. Naik atas tengok hp banyak mesej dan misscalled. Opiq yang call. Tak lama dia call semula bagi tau nak datang esok. Baca suratkhabar lepas tu mata tak boleh nak lelap, tengok suami dah berdengkur.

Bangun terus amik kain yang berlonggok lipat sampai selesai, kemudian susun dalam kabinet baju. Mata still tak rasa mengantuk, baca novel 'Untukmu Permata Hatiku'. Novel tentang Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan. Memang sedih baca novel itu, kisah anak-anak mereka yang kena sakit 'myopathy'. Lama kelamaan mata mula terasa mmengantuk, jam pun dah pukul 3.50pg. Off aircond dan lampu terus zzzzz.

Bangun pukul 6.30pg, terlewat sikit dari biasa. Lepas solat subuh turun bawah sediakan sarapan nasi lemak, sambal tumis dan ayam goreng.

Pukul 11.30 keluar rumah ada jemputan majlis perkahhwinan anak kenalan suami di Taman Universiti. Sampai sana Opiq call, bagi tau dah sampai rumah. Cepat-cepat makan terus balik. Sampai rumah Opiq dan Hanim pergi Jusco makan tengahari di Arena. Memandangkan mereka berdua makan nasi, saya pun berehat kejap dan solat zuhor.

Pukul 2.30ptg sediakan bahan-bahan untuk masak mee hailam dan puding. Masak lebih memandangkan classmate Ajim nak datang.

Pukul 5.00ptg Opiq dan Hanim balik, 5 minit kemudian kawan-kawan Ajim sampai. Hidang tetamu dengan mee hailam dan kuih muih raya. Kemudian budak-budak tu bersolat asar bersama di ruang tamu. Ahamdulilah bagus kawan-kawan Ajim.

Tetamu semua balik pukul 6.10ptg. Kemas apa yang patut terus rehat.

RUMAH IDAMAN












Saya memang minat menghias rumah tak kiralah samada luar atau dalam rumah. Menghias, dan kerja-kerja hiasan dalaman perkara utama dalam diri saya ketika bberada dirumah. Bila duduk diam ada aje yang saya pikir tentang hiasan dalaman rumah saya.

Gambar-gambar di atas adalah koleksi gambar yang saya kumpul, saya sanggup simpan untuk dijadikan bahan rujukan ketika menghiasi rumah bila ada masa terluang. Bukanlah 100% saya ikut tetapi dapat 2% pun sudah menjadi kepuasan bagi saya.

Ciri-ciri rumah idaman saya berkonsepkan ala bali, perabut dari kayu dan warna lebih kepada alam semula jadi. Sejuk mata memandang lagi pun Cun sket!..huhuhu